PALAM PENCUCUH
Bagi pengguna kenderaan di luar sana, sudah tentu pernah mendengar tentang PALAM PENCUCUH. PALAM PENCUCUH atau lebih dikenali dalam bahasa British atau komannya disebut sebagai PLUG, adalah salah satu bahagian enjin yang memainkan peranan penting dalam sistem proses pembakaran dalaman enjin iaitu 'combustion'.
PALAM PENCUCUH terdiri dari 3 kategori, iaitu PALAM PENCUCUH jenis 'HOT', PALAM PENCUCUH jenis 'COLD' dan PALAM PENCUCUH jenis 'NORMAL'.Setiap jenis PALAM PENCUCUH mempunyai kredibilitinya tersendiri.
Bagi PALAM PENCUCUH jenis 'HOT' ini, untuk mengenalinya, ia mempunyai'long insulator'yang manghasilkan pengalirkan haba secara perlahan-lahan dari hujung tip bagi menghasilkan kumpulan suhu yang tinggi. Disebabkan pengaliran haba secara berperingkat, PALAM PENCUCUH jenis ini turut membakar lebihan bahan bakar pada masa yang sama berlakunya pembakaran menyebabkan ia menghasilkan satu proses pembersihan secara sendirinya.
Perbezaan PALAM PENCUCUH jenis 'COLD' ini pula dapat dikenali dengan mudah, ianya mempunyai tip insulator yang lebih pendek berbanding dengan PALAM PENCUCUH jenis 'HOT' tadi. Penggunaannya juga berbeza, ia berada pada situasi lebih baik untuk berfungsi dengan sempurna pada sekitar tahap suhu yang lebih rendah. Kalau PALAM PENCUCUH jenis 'HOT' tadi, mengalirkan haba secara perlahan-lahan, tetapi bagi PALAM PENCUCUH jenis 'COLD' ini pula berbeza. Ia bertindak mengalirkan haba dengan cepat disebabkan tipnya yang pendek. Disebabkan pengaliran dan pemindahan haba yang cepat dari hujung tip, maka ia akan menghasilkan keadaan suhu yang rendah. Dengan itu, PALAM PENCUCUH ini amat sesuai digunakan pada enjin kenderaan yang berkuasa dan beroperasi pada kelajuan yang tinggi kerana tip yang sentiasa berada pada tahap suhu rendah dapat mengelakkan berlakunya 'overheating' dan 'pre-ignition' pada
kenderaan.
Bagi kenderaan dengan corak pemanduan dan enjinnya yang beroperasi dari kelajuan rendah dan bercampur dengan kelajuan tinggi, maka eloklah memilih PALAM PENCUCUH jenis 'NORMAL' sahaja. Ini kerana ia amat sesuai untuk kenderaan biasa yang tidak mengalami sebarang modifikasi! Kebiasaannya, PALAM PENCUCUH jenis ini telah dibekalkan dan disyorkan oleh pengilangnya sendiri.
Dengan itu, sebagai kesimpulannya, adakah anda benar-benar mengenali jenis PALAM PENCUCUH yang digunakan pada kenderaan anda. Oleh itu, setelah mendapat sedikit info atau maklumat di sini, diharapkan kepada mereka yang memiliki kenderaan dapat mengenalpasti akan jenis PALAM PENCUCUH yang anda gunakan. Ini kerana PALAM PENCUCUH jenis 'HOT dan 'COLD' ini hanya sesuai untuk digunakan pada tahap kelajuan enjin tertentu sahaja sejajar dengan corak pemanduan atau pengendalian kenderaan yang jauh lebih khusus.Selain itu, anda juga tidak akan mudah ditipu apabila ke bengkel untuk menukar PALAM PENCUCUH yang baru.
No comments:
Post a Comment